SYARAT PESANAN
Syarat-syarat ini terpakai untuk semua pesanan yang dibuat melalui laman web HR Success Trading & Services (HR Knives).
HARGA & STOK
• Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR).
• Baki stok disemak terus semasa pesanan dibuat. Sekiranya berlaku kehabisan stok semasa proses pembungkusan, kami akan hubungi anda untuk pilihan penggantian atau bayaran balik 100% serta-merta.
SYARAT UMUR
Peralatan pisau dan bilah tajam hanya dijual kepada pelanggan berumur 18 tahun ke atas untuk tujuan kulinari, masakan dapur, sembelihan, atau kerja yang sah di sisi undang-undang.
PEMBAYARAN SELAMAT
Semua transaksi diproses secara selamat melalui gerbang pembayaran sah Malaysia, CHIP. E-mel pengesahan pesanan akan dihantar sebaik sahaja bayaran berjaya.